"Man kau ada kat ane?", soal Zahid selepas mendengar panggilan di hujung talian sudah di jawab.
"Assalamulaikum, ha nape? Aku nak balik bilik ni', jawab Lokman.
"Walaikumsalam, sory lar aku lupe nak bagi salam pulak. Kau dari mana? Nak keluar makan tak? Aku lapar ni." pelawa Zahid.
"Aku baru balik dari surau lar. Ha kejap lagi aku datang bilik kau. Kau siap-siap lar dulu, ajak sekali Daus dengan Faiz. Kita makan tempat biasa lar ea. Aku gah kering ni." cadang Lokman, kadai yang mereka selalu pergi memang murah, rasa pun boleh tahan. Lokman saja mencadangkan dulu takut nanti Zahid mahu pergi ke kedai yang agak mahal.
"Ok, ok jangan lambat pulak. Aku dah lapar ni." pesan Zahid kepada Lokman.
"Ye, bagi aku lima minit lagi."balas Lokman.
_________________________________________________________________________
"Man, kau nak tau sape aku jumpe tadi?" soal Zahid dengan penuh tanda tanya.
"Mana lar aku tau kau jumpe sape. Tadi lepas habis kelas aku terus buka kedai. Dah lar sorang-sorang tadi, korang petang tadi buat ape jer? Selalu korang datang jugak kedai aku buat teman aku." selama sebulan Lokman membuka perniagaan kedainya itu rakan-rakan yang lain pasti akan datang menjenguk, tapi hari ini tiada seorang pun yang datang.
"Sory lar man tadi petang aku ada kelas, aku kan kene repeat Math. Ingat tadi lepas kelas aku nak singgah kedai kau tapi dah tutup. Awal pulakkau tutup kedai?" Faiz hairan mengapa Lokman awal menutup kedainya.
"Aku tengok macam tak ada pelanggan, lagi pun kawan-kawan aku semua ghaib jadi aku tutup lar awal." jawab Lokman sambil memerli kawan-kawannya yang sedah lima minit menanti hidangan mereka sampai.
"Man kau tak nak tau ke pe petang tadi aku dengan Daus buat." Zahid tidak berpuas hati kerana Lokman tidak meneka kemana dia pergi petang tadi.
"Kalau korang nak citer aku nak tau lar, tapi kalau nak suruh aku teka malas lar." Lokman tahu Zahid hendak menceritakan sesuatu yang menarik dan perkara yang hendak diceritakannya sudah pasti tentang wanita ni dalam kampus yang Zahid cuba pikat.
"Kau citer Daus, tadi petang kita pancing dapat apa." Zahid menyuruh Daus menceritakan apa yang mereka lakukan petang tadi.
"Aik, sejak bile korang minat memancing ni? korang pancing ikan kat kolam mana?" soal Faiz kehairanan.
"Bukan pancing ikan lar Faiz, kita orang pi pancing orang lar," jawab Daus sambil ketawa bersama Zahid. Kalau Zahid dengan Daus memang kepala dia orang giler-giler ciket.
"Tadi aku gan Zahid nak pi kedai Lokman. Dah nak dekat sampai tu ada sorang minah cun ni kuar dari kedainya Man. Zahid jak aku follow dak tue masuk hostel perempuan, aku tegur lar. Dapat lar jugak aku sembang-sembang dengan dia. Cantik wei, badan solid ini macam punye.Manis orangnya pakai baju kurung." Daus bercerita bersungguh-sungguh. Mata Lokman tiba-tiba menangkap wajah gadis yang telah menambat hatinya sejak dari kali pertama dia terpandang wajah gadis itu dan petang tadi suara milik gadis itu kedengaran jelas di gegendang telinganya. Lokman menyepak perlahan kaki Zahid lalu memuncungkan mulut kearah gadis itu. Daus dan Faiz yang memerhati telatah Lokman juga pantas menoleh kearah yang ditunjukkan.
"Ha, budak tu lah yang petang tadi aku gan Zahid jumpa." perlahan suara Daus selepas mengenal pasti siapa gerangan yang ditunjuk oleh Lokman.
"Nama dia Siti Zahara binti Ibrahim, amik course Diploma Pentadbiran Awam, budak semester satu. Asal dari Batu Pahat Johor. Nombor telefon 019." Zahid bersuara menyambung apa yang diperkatakan Daus.
"Aik, 019 jer?" soal Faiz.
"Itu jer yang aku dapat. Dia tak bagi nombor dye yang penuh." jawab Zahid. Lokman terus memandang gadis tersebut.
"Zahid rumah dia Batu Pahat dekat area mane?Rumah nenek aku pun kat Batu Pahat. Kat Pekan Semerah."
soal Lokman ingin tahu.
"Ai Man, kau nak potong line aku ke?Hehehehe."Zahid sengaja mengenakan rakan baiknya itu.
"Eh mana ada. Aku saje nak tau lar." jawab Lokman menyembunyikan niat hatinya.
"Ala Man, aku tak kisah lar kau kalau nak tau pi lar tanya."Zahid memberi cadangan yangtakmungkin dilakukan oleh rakannya. Zahid sudah masak dengan perangai pemalu Lokman pada budak perempuan.
"Ah, tak nak lar aku. Aku saje nak tau je. Wei dahlar jom mkn. tadi kau jugak yang merungut lapar, ni nasi dah kat depan mata tak nak pulak makan." Lokman sengaja menukar topik perbualan mereka. Hatinay senang melihat wajah gadis yang diminatinya itu, sebelum ini ada juga beberapa gadis yang menambat hatinya tapi semuanya melepas ke tangan lelaki lain. Ini semua kerana sifat malunya terhadap wanita.
Tanpa mereka sedari , Zara juga memerhatikan mereka. Matanya tertumpu pada lelaki yang memberinya penerangan bagaimana hendak ke bandar. Ini merupakan kali pertama Zara keluar makan bersama rakan-rakannya, maklumlah PTPTN baru masuk. Sepanjang sebulan menyambung pelajaran di UiTM, dia berasa senang walaupun kini dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya yang beribu-ribu kilometer. Rakan-rakan sekelas walaupun berlainan negeri namun mereka begitu mesra disamping menepis segala tanggapan yang diberikan oleh rakannya di Johor yang menyatakan orang pantai timur ini tidak mesra dengan orang luar dari negeri mereka. Rakan-rakan Zara, Aisyah,Wati, Ana dan Farah begiitu asyik menikmat makanan yang mereka pesan. Sekali sekala Zara melihat ke arah meja Lokman. Dia suka melihat wajah Lokman yang tenang dan tiada sedikit kesan parut jerawat di wajahnya. Nasi Goreng Pattaya yang dipesannya sememangnya sedap walaupun sedikit pedas. Mungkin selepas ini mereka akan menyelusuri pantai untuk menikmati angin malam.
(.....2......)
No comments:
Post a Comment