Langkah kaki terus diatur Zahid untuk pergi ke dewan kuliah yang terletak kira-kira 10minit dari kolej kediamannya. Hari ini dia berjalan kesorangan tidak seperti biasa bersama rakan sekuliah yang lain. Sememangnya bosan berjalan kesorangan, dia tahu inilah akibatnya bagun lewat, semua rakan-rakannya telah terlebih dahulu pergi. Jam ditangan masih menunjukkan 9.55pagi, "Fuh, sempat ag ni ada lima minit"detik hatinya. Langkahnya semakin pantas apabila melihat kelibat rakan-rakannya ynag lain masih berada di hadapan dewan kuliah yang menandakan dia tidak lah lewat.
"Penat Zahid? laju jugak ko jalan ek?" sapa Lokman yang sudah berada disitu lebih awal.
"Penat lar wei, ko ingat dewan ni dekat ker, jauh tau. Nasib baik aku sempat sampai. En Farid belum sampai lagi?" soal Zahid dalam kepenatan.
"Belum lagi lar, kalau dah sampai kite orang dah masuk dalam dewan ini", sememangnya semua maklum sekiranya pensyarah belum hadir mereka tidak dibenarkan masuk, mungkin dikuatiri kehilangan barang-barang dewan.
"Wei kau ada nampak tak budak semalam yang pakai beg galas merah kat library?", berkerut dahi Lokman mendengar pertanyaan Zahid.
"La tak kan kau dah lupe, dak yang dok depan meja kita semalam", jelas Zahid.
"Owh budak tu, tah lar. Budak baru kot. Asal kau tanya ni? kau nak ayat dia ea,tapi aku pun arasa nak ayat die lar. Cun wei dak tu", jawab Lokman yang baru teringat tentang hal semalam.
" Wei Zahid! Man! jom masuk En. Farid dah sampai tu," laung Naim yang sudah berada di depan pintu masuk.
"Ok,ok kite orang datang ni," sahut Lokman.
"Ok,ok kite orang datang ni," sahut Lokman.
____________________________________________________
"Bang kira semua ni," halus kedengaran suara gadis membuatkan Lokman segera bagun dan memberhentikan tugasan mengemas barang di bawah kaunter. Terkejut dan berdegut kencang hatinya apabila melihat gadis yang sama diperkatakan olehnya bersam Zahid dulu berada di hadapannya.
"Tenang Man, tenang. Kau relek jer,"Lokman bermonolog di dalam dirinya sendiri.
"Semuanya RM5," balas Lokman setelah gadis tersebut bertanya tentang harga barangan yang dibelinya.
"Abang nak tanya, dari sini nak ke bandar cam mane?,"soal gadis yang memiliki bibir yang munggil sesuai dengan rupa parasnya sambil menghulur wang kertas bernilai lima ringgit.
"Owh,senang je. Adik jalan kaki sampai kat pos pengawal pastu adik tuggu sampai van macam van sekolah datang. Kat van tu ada tulis Perwira. Van tu selalunya memang ke bandar kecuali ada permintaan lain macam adik nak pergi bustand ker atau pergi ke bank," terang Lokman panjang lebar.
" Terima kasih ye bang," ucap gadis tersebut.
"Sama-sama, terima kasih jugak datang kat kedai abang ni, lain kali datang lagi ea,"jawab Lokman. Lokman menyewa kedai yang disediakan oleh pihak universiti bagi mendorong siswa berniaga, lagipun sewanya tidak mahal. Minat berniaga sudah ada sejak kecil dalam dirinya. Selalunya waktu-waktu begini rakan-rakannya kan datang menemani Lokman di kedai atau dalam erti kata lain memeriahkan lagi kedainya. Tapi hari ini batang hidung mereka pun tidak kelihatan. Hari ini Lokman menutup kedainya lebih awal, rasa bosan kerana tidak ada seorang pelanggan pun datang ke kedainya. Kedai yang menjual baranggan ala-ala rucit ini kadang kala ramai pelanggan, kadang-kadang pulak tiada. Lumrah berniaga ada pasang surutnya yang penting sabar.
(...1...)
No comments:
Post a Comment