Saturday, January 8, 2011

kau yang satu

Kesejukan air pagi memang mecengkam tubuh Zara. sudah menjadi kebiasaanya mandi pada awal pagi sebelum solat subuh. Langkah diatur membentang sejadah, tertib setiap perbuatan disusuli dengan bacaan yang sempurna mengikut tajwid yang betul. Masih enak diulik mimpi rakan sebiliknya Ana yang juga merupakan rakan sekuliah. Hari ini kuliah mereka bermula pada jam 10.00 pagi. Kebiasaanya siswa mahupun siswi di universiti manapun akan mengambil kesempatan untuk tidur dan akan bangun lewat. Namun bagi Zara kewajipannya sebagai hamba Allah perlu ditunaikan.
    "Wati, oh Wati. Bagun lar kau tak solat Subuh ker?" Zara cuba mengejutkan rakannya untuk kali kedua. Sebelum dia pergi mandi  tadi ada Zara  mengejutkan Wati tapi  bila pulang dari bilik air Wati  masih berselubung.
      "Erm.. Awal lagi lar Zara, lagi  pun aku tak leh solat ari ni. Nanti kalau dah pukul  8lebih kau kejut aku ea."Pesan Wati dengan suara yang begitu malas.
    "Ok, nanti kau kejutkan kau," balas Zara. mereka mula menjadi kawan sewaktu mendaftarkan diri untuk kolej kediaman pada hari pertma menjejak kaki di UiTM ini. Secara kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama dan tinggal di kolej kediaman yang sama.
    "Erm,nak buat apa ek pagi-pagi macam ni," Zara berbicara sendiri. Terlintas difikirannya untuk mengimbas kembali apa yang dipelajari semalam. Sejak dari sekolah rendah lagi  Zara seorang yang rajin, namun kerajinan yang dia miliki bukan tiket untuk berjaya dengan cemerlang. Dia redha walaupun tidak terlalu bijak namun masih berdaya untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. Air yang dimasaknya sudah pun masak, jam menunjukkan pukul 8 pagi, Zara bercadang akan mengejutkan Wati selepas dia ciap membancuh air.
  ________________________________________________________________________
cuaca panas di Dungun begitu membakar apa-apa saja yang berada dalam kawasannya. berpeluh-peluh Zahid sambil berjalan menuju ke dewan kuliah. sambil melangkah Zahid asyik mengomel rasa tidak puas hati kerana ditinggal rakannya yang lain dan terpaksa berjalan di bawah terik matahari. Sikapnya yang selalu bagun lewat dan secara tidak langsung melewatkannya ke kuliah menyebabkan rakannnya yang lain tidak akan menunggu keran khuatir akan terlewat kekuliah. dalam langkah yang diataur secara pantas tiba-tiba matanya dpat menangkap gadis yang dikenali dan di dalam proses untuk memikatnya.